fbpx
blog najib asaddok

3 Kesilapan Facebook Ads Jadi Mahal

3 Kesilapan Iklan Jadi Mahal Di Facebook

Ramai peniaga di Facebook takut untuk buat Ads disebabkan takut rugi dan buat silap. Kalau saya tanya korang yang tengah baca ni, korang dah faham betul betul apa tu Facebook Ads?

Buat Facebook Ads ni, kalau tak kena dengan cara yang betul memang boleh merugikan. Daripada untung yang kita nak tapi rugi yang kita dapat. Kan sedih tu..

Bagi peniaga yang baru berjinak jinak nak berniaga mahupun peniaga yang dah lama berniaga, Facebook ni memang banyak peraturan yang kita perlu patuhi. Sebab tu pentingnya kita tahu dan upgrade ilmu. 

Pernah tak korang rasa bila dah buat sesuatu kempen tu, duit korang tu cepat je habis. Tapi result tak memberangsangkan pon. Nak tahu kenapa semua tu boleh jadi mahal?

Pertama sekali kerana pemilihan gambar yang tak menarik. Kebanyakan peniaga online masih lagi tak faham teknik pemilihan gambar dan warna yang sesuai. Kalau boleh gunakan gambar yang ringkas, tak lebih 3 warna dalamnya dan mudah pelanggan nampak dalam Facebook.

Selain tu, ayat copywriting yang tak beremosi. Untuk bagi pelanggan faham yang korang betul betul nak bantu dia, tekankan apakah emosi yang akan membuatkan mereka membeli produk anda.

Tanpa emosi iklan korang akan jadi sia-sia sahaja. Bakal pelanggan takkan like/komen/ share pun jika mereka tak berminat dengan copywriting tu. Kan rugi! Pastikan korang tahu apakah cara untuk menarik emosi mereka. Ikut kesesuaian produk yang korang jual.   

Semua elemen tu mampu menarik EMOSI mereka, bukan menekankan pada spesifikasi produk semata-mata. Faham ke faham?

Dan yang terakhir sekali, tak Bina JENAMA. Ramai pemilik bisnes berikan nama umum untuk bisnes mereka. Benda ini akan menyebabkan ramai followers tak akan kenal apa bisnes korang.

Dalam pemasaran di Facebook, selepas mempunyai nama/brand, korang kena pastikan setiap bakal pelanggan anda akan lihat iklan brand anda setiap hari dan setiap masa. 

WAJIB untuk peniaga bina jenama/branding bisnes sebab ia akan buatkan ramai orang kenal apa bisnes yang korang buat. 

Korang dapat sesuatu? Semoga dengan point yang saya cuba sampaikan ni sedikit sebanyak dapat membantu untuk korang faham tentang kempen dalam Facebook ni. 

Pastikan korang follow segala info dan update terbaru untuk tahu banyak lagi info dan tips daripada saya. All the best semua. 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !