Bukan senang nak tarik perhatian pelanggan.
Bukan senang nak tarik pelanggan pada zaman sosial media menjadi keutamaan majoriti orang Malaysia.
Tapi, walaumacamana susah sekalipun, mesti ada cara untuk kita tarik pelanggan walaupun semua orang onlinekan bisnes mereka.
Caranya mudah jer kalau kita sendiri faham apa perangai pelanggan sekarang. Kalau dulu, mereka tak banyak pilihan, tapi sekarang ni, pelanggan sangat cerewet dalam memilih.
Malangnya bisnes kita sendiri tak ada tarikan, tak ada wow faktor untuk buatkan pelanggan tertarik.
Bisnes yang bosan akan tertolak dengan sendirinya. Jangan heran kalau bisnes anda sedang jatuh sebab ini antara faktor paling utama.
Tapi, nak ke nak tips untuk bantu bisnes anda mula menarik dan dapat tarik pelanggan?
Baca lanjut untuk dapatkan tips yang mudah dan berkesan untuk buatkan pelanggan pilih bisnes anda berbanding orang lain.

Perkara pertama sekali anda nak buatkan bisnes anda menjadi pilihan orang ramai adalah apakah nilai atau value yang anda nak tawarkan pada orang ramai?
Value bukan boleh diberitahu dengan mudah. Bukan sesenang bagitahu orang lain “Woi, bisnes aku ada value ni.”
Bukan macam tu caranya.
Cara paling praktikal dan mudah adalah dengan melalui sharing yang anda buat melalui content-content yang anda tulis.
Bila orang mula baca, mereka akan sedikit demi sedikit faham, apakah bisnes anda ini dan apa sebenarnya bisnes anda cuba buat untuk mereka.
Bila mereka faham dengan jelas, lama-kelamaan mereka dah kenal hati budi bisnes anda.
Satu lagi cara nak buatkan bisnes anda menjadi pilihan adalah bila anda engage atau berinteraksi dengan audience anda.
Lagi banyak anda bercakap dengan mereka, anda akan kenal mereka, siapa pelanggan anda, dan mereka juga akan kenal siapa anda dan apa bisnes anda boleh bantu mereka.
Sebab itu, bisnes yang terlalu fokus pada menjual, akan terlepas perkara macam ni. Anda akan jadi bisnes yang tak bawa apa-apa erti pada mereka.
Sebab itu, anda gagal menjadi pilihan mereka. Mereka akan mencari lain yang boleh buatkan mereka faham.
Bisnes yang tidak ada nilai, takkan mampu berkongsi banyak perkara dengan audience bisnes mereka.

Ini kelebihan yang ada pada media sosial. Anda boleh berhubung terus dengan audience anda secara direct, secara Live tanpa selindung.
Audience akan tengok anda, engage dengan anda tanpa anda boleh selindung apa-apa supaya mereka lebih kenal bisnes anda.
Anda pula boleh kenal apa perangai audience yang suka engage dengan anda.
Bila ada komunikasi 2-hala begini, anda akan tahu apa benda yang boleh trigger mereka untuk mereka setia dengan anda dan pilih anda.
Audience anda pun akan kenal bisnes anda apa kelebihan bisnes anda.
Bisnes yang banyak berhubung dengan audience boleh menutup kelemahan yang ada dan menyebabkan bisnes anda menjadi pilihan mereka.
Percayalah, Facebook Live adalah game changer untuk bisnes anda.

Tidak ada apa yang boleh berikan mesej yang jelas melainkan bukti-bukti yang bisnes anda dah hasilkan.
Anda kena selalu share story customer anda yang dah berjaya ubah atau pelanggan yang ada perubahan bila gunakan produk / servis anda.
Bila anda menunjukkan result atau bukti, pastikan ianya benar, tulen, bukan menipu dan bukan perkara yang melampau.
Result yang betul, akan menarik audience yang nakkan perubahan.
Tapi bila anda menipu bila tunjukkan result, percayalah, kejap jer bisnes anda akan melingkup.
Nak tak nak, teknik ini paling power untuk pengaruh audience anda dan buatkan mereka pilih anda lebih dari orang lain yang sama jenis bisnes atau produk / servis.