fbpx
blog najib asaddok

3 CARA NAK NAIKKAN VALUE BISNES SUPAYA PELANGGAN SUKA DAN BELI

Ramai usahawan terlalu fokus pada sales hingga terlupa untuk menjaga hati pelanggan yang menjadi sebab utama kenapa dia membeli.


Fakta sekadar memberitahu, tapi emosi yang menyebabkan seseorang pelanggan itu gerak untuk dapatkan produk.


Ramai usahawan struggle untuk faham perkara ini dan akhirnya menyebabkan susah nak tarik pelanggan dan sales ke bisnes mereka.


Satu lagi kegagalan usahawan yang menyebabkan bisnes mereka sepi adalah mereka tak tahu apa nilai bisnes mereka dan gagal untuk share dengan orang ramai apa value bisnes mereka kepada orang ramai.


Orang kalau nak bercinta mesti dah kenal hati budi masing-masing. Hati budi bisnes anda macamana? Mestilah melalui nilai / value yang bisnes anda tonjolkan.


Nak tahu cara nak naikkan bisnes anda supaya bernilai untuk orang lain?


Jom lihat pada gambar dibawah untuk dapatkan penjelasan untuk bantu bisnes anda lebih mesra dengan pelanggan.

Perkara pertama paling penting bagi pelanggan adalah cara anda mulakan percakapan.

Apa yang keluar dari mulut anda akan buatkan pelanggan menilai.

Kalau baik ayatnya, betul dan tepat caranya, orang akan impress dan terpesona. Bila pelanggan terpesona, lagi mudah untuk mereka membeli.

Pelanggan suka sales person dalam bisnes anda yang mesra dan mudah senangkan hati pelanggan.

Pastikan anda listkan apa yang pelanggan suka dan apa yang jangan sesekali sebut depan pelanggan.

Buat SOP dengan detail supaya menjadi satu standard. 

Pernah tengok cara stewardess AirAsia layan penumpang kapal terbang? Camtulah yang sepatutnya ada dalam bisnes anda.

Pernah tengok salesman yang buka booth di mana-mana shopping mall atau pasaraya?

Adakah anda suka dengan cara mereka approach anda untuk mulakan perbualan?

Pastinya ramai dikalangan anda tak gemarkan.. Sebab anda dalam minda dah tahu yang mereka ini dah tentu nak menjual.

Sebab itu datangnya istilah, sebelum anda nak mula menjual, anda kena banyakkkan sharing dulu.

Share apa yang anda bantu, share tips-tips yang boleh bantu ubah kehidupan pelanggan anda.

Barulah trust tu akan datang sebelum anda boleh mula menjual. Bila orang dah trust, setiap cadangan dan saranan yang kita bawa, semua orang akan percaya.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !