fbpx
blog najib asaddok

3 Cara Mudah Untuk Tingkatkan Sales

Tiada siapa yang tahu kekuatan dan kelebihan produk kita melainkan kita sendiri. Kelebihan tentang sesuatu ilmu tu sangat penting kerana ia mendorong untuk capai sales yang banyak.


Hanya orang yang pernah buat sales yang tahu macam mana nak layan kerenah customer yang macam-macam perangai ni. Buat apa ada bisnes tapi taktahu nak buat sales?


Saya akan kongsikan bagaimana cara nak ‘closing sale’ dan buat customer cair dan say ‘YES’ dengan produk kita. Nak ke nak?

Jangan jual kalau tak yakin

Kenapa perlu buat sesuatu yang kita sendiri tak yakin? Pelanggan juga akan rasa “betul ke produk yang dia jual ni”. Mereka pon was was nak beli. Keyakinan yang anda ada membuktikan anda mampu tarik
minat pelanggan atau sebaliknya.

Jangan bajet semua tahu

Memang bagus kalau kita dapat jawab semua soalan yang ditanya. Tapi, kena ingat, tak semua benda kita tahu. Kalau dapat jawab dengan betul kira ok, tetapi kalau taktahu jangan main “bedal” je.

Takut terbagi fakta yang salah. Sebaiknya bersedia untuk soalan- soalan yang tak diduga dari customer. Kadang kadang jujur tu lebih elok. Tu pon salah satu tips nak pikat pelanggan tau !

Headline pendek yang memukau

Headline yang memukau akan menarik pelanggan untuk baca iklan kita dan seterusnya tertarik dengan
apa yang kita tulis. Contoh headline yang power ialah “Anak malas belajar? Dah tak tahu nak buat ape?”atau “ingin turunkan lemak diperut tanpa diet yang ketat?”.

Percayalah, dengan headline sebegini mampu tarik fokus pelanggan dari 3 hingga 5 saat seterusnya terus minat untuk keseluruhan cerita.

Nampak simple dan mudah je kan? Kadang kadang perkara yang simple ni la dianggap remeh oleh usahawan diluar sana. Lakukan tindakan segera untuk capai sales yang luar biasa.

Anda dapat sesuatu??

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !