fbpx
blog najib asaddok

10 Tips Ejen / Stokis Capai Minimum Jualan RM10,000 Sebulan

Berubah

Ramai orang gagal dalam bisnes bila tak dapat kekalkan momentum dan taknak BERUBAH. Dah masuk bulan 10 dah ni.. Tak kisah lah anda bisnes founder, stokis, ejen atau dropship. Haa, takkan korang nak biarkan masa berlalu macam tu jer?

Menurut Sistem Insurans Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), pandemik COVID-19 menyebabkan orang hilang pekerjaan di Malaysia meningkat sebanyak 42% dan jumlah bisnes muflis di Malaysia dijangka akan lebih ketara menjelang tahun 2021.

Pernah ke anda bayang macamana bisnes anda boleh hit sampai RM10,000 yang pertama anda walaupun dalam musim COVID-19 ni? Kalau anda nak kekalkan momentum dalam bisnes, anda WAJIB baca sampai habis “10 Rahsia Ejen/Stokis Capai Minimum Jualan RM10,000 Sebulan”

1)  Tetapkan Magic Number

Ramai yang bisnes dah 10 tahun tapi masih blur-blur pasal “Magic Number”. Apa tu Magic Number? Magic Number ni target yang kita dah tetapkan setiap hari untuk dapatkan sales.

Mudah je caranya, bila anda dah tahu target untuk capai, anda bahagikan dengan 30 hari. (RM 10,000/30 Hari = RM 333 sehari)

Next, bahagikan dengan harga produk anda. (RM 333/RM 79 = 4) So maksudnya, anda hanya perlu ada 4 pelanggan je sehari. Tak banyak pun kan? Jadi pastikan anda capai target untuk dapatkan RM 10,000 sebulan. Best ker best?

2)  Kuasai 4 Kunci Pemasaran

Kunci untuk meroket dalam bisnes adalah pada MARKETING sebab dari marketing lah yang boleh buatkan orang nampak, kenal, suka dan percaya dan seterusnya bagi HIGH IMPACT pada bisnes. Kalau anda tak buat MARKETING, susah orang nak nampak dan percaya pada produk anda. Lambat anda buat marketing, lagi lambat lah anda nak capai target RM10,000 sebulan.

3)  Upgrade Ilmu

Anda yakin ke ilmu yang anda sekarang ni boleh bantu anda capai target dalam bisnes? Kalau anda nampak Facebook sentiasa upgrade dan berubah, Facebook tahun lepas tak sama dengan Facebook tahun ni tau. Jadi takkan anda taknak BERUBAH? Sebab tu penting untuk ada guru yang boleh tegur dan sentiasa ajar benda yang baru supaya kita tidak terus ketinggalan dalam pasaran dan pesaing.

“Learn more and know more” – Steve Jobs

4)  Copywriting Yang Memukau

Rahsia stokis dan ejen mampu capai target jualan RM10,000 sebulan adalah melalui copywriting. Produk dah power tapi kalau copywriting lebih kepada “menjual” memang orang tak berminat nak baca sampai habis. Pastikan copywriting anda ada sentuh emosi, bukan nak menjual, gunakan bahasa yang mudah difahami dan jangan bercerita 100% tentang fakta.

5)  Growth Mindset

Growth mindset dalam bisnes ni sangat penting sebab kita sentiasa nak buat lebih baik daripada semalam. Dalam musim PKK ni jangan biarkan mindset kita sempit dan terkurung sekali.. Sentiasa fikir apa bisnes plan anda untuk 10 tahun akan datang supaya bisnes terus maju dan capai lebih banyak kejayaan.

“Once your mindset changes, everything on the outside will change along with it” – Steve Maraboli

6)  Content Marketing Yang Menarik

Content Marketing yang menarik dan unik adalah kunci untuk jadikan jenama atau bisnes anda lebih “highlight” berbanding pesaing.

Contoh content yang anda boleh buat adalah share kepakaran anda, share tips & trick, buat FB Live setiap hari, video behind the scene, sesi Q&A, testimoni daripada pelanggan dan sebagainya.

7)  Target Market Yang Betul

Bila buat kempen di Facebook, pastikan anda tak salah target pelanggan supaya kos kempen tidak melebur macam tu jer.

Cara paling mudah adalah pecahkan audiense anda mengikut pilihan umur, jantina, lokasi, bahasa dan interest. Penting untuk anda kenal SIAPA pelanggan supaya mudah anda nak pecahkan beberapa segmen dalam FB Ads dan tarik lebih ramai pelanggan.

8)  Bina Team

Nak capai target yang besar dalam bisnes adalah anda WAJIB ada team sebab anda tak boleh nak buat semua sorang, tak kira lah anda founder, stokis atau ejen.. Nak bina team yang kuat adalah anda hantar mereka pergi training, alert untuk FOKUS matlamat yang sama, beri kata-kata semangat supaya mereka sentiasa “high energy”.

9)  Database

Cara paling mudah untuk capai target dalam bisnes adalah melalui database. Contohnya simpan maklumat pelanggan seperti nama, emel, no telefon dan alamat.

Bila ada datase, anda boleh buat jualan kepada database yang sedia ada, dekat situ kita dah jimat masa dan mudah kalau anda nak follow up dengan pelanggan pada masa yang akan datang. Sentiasa ingat bahawa “Database is King”

10)  Jaga Aliran Cashflow

Cashflow atau aliran tunai sangat penting dalam bisnes sebab 80% bisnes berjaya capai target bila tak ada masalah dengan cahsflow. Anda kena ingat cashflow ni ibarat nadi dan penentu kepada kedudukan sebenar kewangan anda. Terutama sekali dalam musim wabak COVID-19 ni, anda kena ada bijak buat bajet dan planning supaya cashflow bisnes anda tidak terjejas.

Nak ke nak kalau saya beri lebih lagi? Ni dah bulan 10 tau..Orang lain boleh capai target RM10,000 sebulan jadi takkan anda nak duduk diam goyang kaki jer? Ok ke ok, kalau saya share dengan anda strategi untuk bantu anda pecahkan jualan minimum RM10,000 sebulan?

Sepatutnya knowledge ni bernilai RM499. TAPI, kali ni saya beri PERCUMA jer.. Jom download E-Book Strategi Capai RM10,000 Pertama Guna Facebook sekarang!

Klik –> www.naktarikpelanggan.com

#segalanyaberubah  #1000pertama  #ORMnajibasaddok  #bisnesonline  #kitajagakita

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !