fbpx
blog najib asaddok

10 Checklist Marketing Tarik Pelanggan Online

10 Checklist Marketing Tarik Pelanggan Online

“Tuan Najib, macam mana nak jadi macam Tuan Najib ea?”

Susah ke nak cari pelanggan online ? Baru baru ni saya terima banyak soalan yang macam ni. Datang dari peniaga yang baru dan ada jugak yang dah lama dah berniaga. 

Takkan baru berniaga terus berjaya kan?

So harini saya nak bagi 10 checklist content yang memang dari dulu saya follow dan buat. Kalau tak ikut rasa macam ada benda yang tak kena lah. Ni saya dah ringkas kan dan nak sangat korang follow dan buat. Boleh ke?

Pelanggan Online
  1. Setup Facebook Page

Ok, soalan ni selalu saya terima setiap kali saya berjumpa dengan ramai peniaga tak kira yang bertahun berniaga ataupun yang baru jer berniaga. Nak guna Facebook Page ke Facebook Profile?

Dengar cakap saya ni! Jika anda serius dgn bisnes anda, anda perlu pilih Facebook Page.

 

  1. Hasilkan content

Content yang bagus akan menarik pelanggan online yang betul dan bina TRUST pada brand kita dengan cepat.

 

Apa Content yang perlu kita kongsikan dalam Facebook Page?

 

Bentuk content seperti cerita pengalaman pelanggan yang pernah berurusan dengan kita, result yang , perkongsian apa yang bisnes kita boleh bantu bakal pelanggan dan juga tips berkaitan bisnes kita.

  1. Copywriting

Copywriting adalah cara kita nak sampaikan mesej, info kepada pelanggan dengan gaya mempengaruhi mereka. Kita perlu sampaikan melalui Copywriting yang gaya bahasanya mudah, senang faham, ada emosi, ada penekanan, mesej jelas dan buatkan pelanggan tak terasa pun yang kita sedang menjual pada mereka. Tapi kita sedang pengaruhi mereka.

  1. Tarik fans

Anda perlu kenal SIAPA pelanggan anda dengan tepat dan perlu konsisten tambah setiap masa dan tak boleh berhenti tarik pelanggan selagi bisnes kita masih wujud.

 

Fokus pada satu kelompok sahaja, fokus pada satu solusi yang kita bantu, dan buat gila-gila sampai semua orang tahu bisnes kita ni expert bab selesaikan masalah apa.

Pelanggan Online
  1. Bina engagement

JANGAN biarkan page kita sunyi, engagement dengan FANS kita. SPEED sangat penting sebab lagi pantas kita respon atau reply PM & komen mereka, lagi tinggi engagement page kita.

 

Respons komen post dan Inbox Facebook setiap masa dan waktu. Kita takkan tahu yang mana satu pelanggan online paling berkualiti akan PM kita..

 

Pelanggan Online
  1. Beri value 

Berterusan bagi value pada Fans kita, bagi manfaat buat Fans ingat pada brand kita. Share content yang bermanfaat, share ayat-ayat positif yang bina mood positif, educate pelanggan online kita supaya mereka tahu yang bisnes kita ni sangat ambil berat mereka.

 

Pelanggan Online
  1. Bina kepercayaan dengan pelanggan online

Ulang step 1 – 6. Buat langkah 1-6 berulang kali secara konsisten sehingga pelanggan tahu siapa bisnes kita dan apa yang kita bantu.

 

Pelanggan Online
  1. Sales

Jualan berlaku apabila step-step di atas kita follow dengan betul, untuk bina TRUST kita perlu ulang step ini secara konsisten. Nampakkan brand kita secara konsisten.

HASILNYA, dengan mudah kita boleh tukar Fans yang follow kita kepada pelanggan online yang beli dari kita dan jadikan mereka pelanggan setia yang sentiasa beli berkali-kali.

 

  1. Kumpul Database

Jika berlaku jualan, rekod info-info penting dan simpan dalam satu tempat samada dalam bentuk excel file, supaya bisnes kita ada data yang boleh diproses untuk tujuan penambahbaikkan kempen marketing akan datang.

 

Pelanggan Online
  1. Follow up pelanggan online

Antara cara nak pastikan sales sentiasa masuk walaupun tidak ada pelanggan online baru adalah melalui cara buat ‘Follow Up‛ kepada semua senarai database yang kita dah kumpul tadi.

Untuk senarai database yang pernah beli dari bisnes kita, anda boleh buat tawaran ‘sempena‛ kepada mereka dan tawarkan produk lebih premium atau pakej yang lebih Mahal.

 

Bagi senarai database yang masih belum membeli, kita boleh tawarkan promosi ‘sempena‛ yang menawarkan produk yang lebih murah supaya pelanggan online tetap juga membeli walaupun barang yang paling murah. Sekurang-kurang masih ada sales walaupun kecil.

 

Amacam? Okay ke okay? Pastikan guna ya checklist ni. In shaa Allah dapat membantu korang..

NajibAsaddok.com 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !